Question: anak saya berumur 7 bulan mengalami batuk kahak dan selsema yang berpanjangan. kadang-kadang mengeluarkan hingus berwarna hujau.Air liur juga berbau masam tidak seperti bayi lain . Anak saya juga mengalami gangguan tidur dan sukar untuk tidur. minta pandangan dokter. (Siti Norasiah Mohd)
Answer: Puan, nampaknya anak anda mempunyai masalah dalam sistem respiratorinya. Mulut yang berbau boleh disebabkan dengan kebersihan mulut yang kurang baik, maka saya nasihatkan puan bersihkan mulutnya selepas menyusu. batuk berkahak,selsema menandakan kemungkinan jangkitan yang belum selesai, dan puan harus dapatkan pemeriksaan sekali lagi. Ruangan sinus, tonsils dan mulut harus dipastikan tidak mempunyai jangkitan.