[Q&A] Kudis

Question: umur anak saya 2 tahun 7 bulan. terdapat kudis di bhg. kepala, badan dan kaki.. terdapat 4-5 benjol ketulan kecil di kepala. ubat apakah yang perlu diberi untuk merawat kudisnya? (Norisah)

Answer: Puan Norisah, agak susah untuk memberikan nasihat yang tepat tanpa kami melihatnya sendiri. Budak-budak biasanya mempunyai masalah kulit seperti impetigo yang dipanggil kudis. Sekiranya begini, perlu guna ubat antibiotik dan kulit dijaga kebersihannya. Kita perlu pastikan sama ada kudis ini sebenarnya adalah punca daripada kulat, parasit, bakteria ataupun alahan. Lebih baik pastikan ini dahulu sebelum guna ubat. Nasihat kami, jumpa doktor.


Posted

in

by

Tags: