Question: Bayi saya berumur sebulab setengah. Bayi lelaki. Pusat dia tertonjol (bulat) keluar. Bila saya tekan ke dalam, terasa ada angin yg keluar. Tetapi sekejap selepas itu, pusat nya akan terkeluar balik. Adakah normal keadaan itu?
Bagaimana utk saya mengatasinya? Tq, doc 🙂
Answer: Ini dipanggil umbilical hernia. Biasanya ia akan surut sendiri dalam masa setahun tanpa apa-apa rawatan. Namun ada juga berlaku dimana ia tidak surut tetapi semakin besar tertonjolnya. Ini kerana otot dan tisu disekelilingya tidak cukup kuat. Sekiranya tonjolan itu semakin besar selepas setahun, dinasihatkan dibawa jumpa pakar bedah kanak-kanak untuk membincangkan sama ada perlu dibuat pembedahan untuk membetulkan keadaan ini.