Question: anak saya kini berusia 11 bulan. beberapa bulan selepas lahir saya mendapati terdapat benjolan di belakang kepala anak saya.di kiri dan kanan kepala. Baru-baru ini saya dapati benjelon tersebut sudah mengecil tp masih boleh dirasai dengan jari. Ianya lembut apabila menyentuhnya. Saya ingin tahu, apa sebenarnya benjolan itu. adakah ianya merbahaya??
Answer: Puan Saadah , soalan begini tidak mungkin dapat dijawab tanpa melihat sendiri benjolan tersebut. Ada banyak kemungkinan seperti kelenjar limfa membengkak, atau ketulan cyst kerana jangkitan tapi saya tidak boleh mengadaikan tanpa pemeriksaan nanti salah diagnosis. Saranan saya , berjumpa doktor di klinik kesihatan/ klinik swasta untuk kepastian.
Comments
4 responses to “[Q&A] Ketul benjolan kecil di kepala bayi”
Anak saya baru 2 bulan, pada minggu ke-2 dia menangis tiba2 yang saya x pasti kenapa, menangis smpi tahap kepala ditolak kebelakang hingga bdn seperti nk membengkok malah dlm usia 2 wk dia sudah kerap mengiring ke kiri.Baru2 ni sy terbaca blog allergi clinic (bhasa indon) n dlm tu disenaraikn gejala2 allergi termasuk menangis sprt di atas, kepala terasa hangat tp x demam,colic, gatal pada pipi mata malah sistem pencernaan jugak x baik.Baby saya buang air besar3-4 hari sekali.Apa yg ditulis dlm tu kbnykanye ada pada baby saya.Gejala2 yg disenaraikan dalam blog tu menyatakan yg kmgkinan besar baby seperti ini mnghadapi allergi pemakanan & hypersensitifits.Soalan nya memang adakah allergi seperti ni dan bagaimana mengatasinya memandangkn anak saya sering menangis yang kuat & berasa x selesa selain dr hidung tersumbat & kahak
Puan, mana-mana blog tidak boleh memberikan diagnosis tepat termasuklah blog doktorbudak kerana tidak mungkin ia dapat menggantikan perjumpaan bersama doktor. Apa yang penting ialah pemeriksaan doktor. Simptom ialah apa yang puan nampak berlaku pada bayi tetapi pemeriksaan sangat penting untuk mennetukan apa masalah sebenar. Hanya dengan mengetahui simptom ( seperti nangis,kahak dan sbgnya tidak cukul) . Pemeriksaan sangat sangat penting. Ada banyak simptom yang bertindih dalam beberapa penyakit. Maklumat lengkap juga adalah penting . Kalau pesakit dibawa berjumpa mana mana pakar kanak-kanak, pelbagai soalan lain yang akan kami tanya selain dari apa yang puan telah puan sebutkan dan pemeriksaan setiap sistem organ akan dibuat dahulu sebelum kami membuat konklusi.
anak saya berumur 5 tahun, pada hari ahad selepas majlis konvo (tadika) saya dapati ada kesan lebam yang kecil di dahinya. bila saya bertanya padanya dia sendiri tidak pasti sama ada dia terjatuh atau ada terhantuk ketika bermain. kemudian, pada waktu malamnya pula dia bermain lompat-lompat dan kepalanya terhantuk di dinding di tempat yang sama di dahinya dan ianya menyebabkan benjolan dan bengkak yang besar. saya ada membawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan telah di beri ubat bengkak. selepas makan ubat, bengkak dan benjolan menjadi besar, selepas beberapa hari ianya makin susut dan menjadi warna ungu. apa yang membimbangkan saya ialah bengkaknya susut ke arah batang hidung dan kesan lebam bewarna ungu itu turun ke arah sisi matanya dan menyebabkan matanya bengkak. apabila di tanya adakah sakit, dia cuma mengatakan bila di gerakkan matanya ke atas sahaja yang sakit. simptom lain seperti muntah, pening, amnesia & etc. tiada. adakah ianya berbahaya kepada kepala, mata dan hidung?
Puan , semestinya perlu dibawa berjumpa doktor. walaupun sudah berjumpa doktor pada awalnya , namun jika berlaku perubahan dan menjadi lebih teruk , ia memerlukan pemeriksaan semula.