[Q&A] Kesan buai jangka masa panjang

Question: Hi Doc. Anak saya yg kecil sydah berumur setahun setengah tapi masih perlukan buai utk tidur siang. Kakak2 dan abg nya sudah putus buai sebelum cecah setahun. Jadi, saya ingin tanya adakah buai ini akan menjejaskan perkembangan anak saya utk tempoh jangka masa panjang? Thanks Doc! (Win Albakri)

Answer: Hi Win, Kami ada mengeluarkan artikel tentang buaian tahun lepas. Boleh baca di sini https://www.doktorbudak.com/2013/08/02/should-i-use-a-swing-for-my-baby-patutkah-saya-guna-buaian-untuk-anak-saya/ Buaian tidak menjejaskan perkembangan secara langsung , namun penggunaannya jika menyebabkan kemalangan contohnya terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan otak, ini boleh meninggalkan kesan jangka panjang. Sebaik-baiknya, galakkan anak untuk tidur di katil/tilam di lantai. Simpan buaian. Dia sudah terbiasa dengan buaian, maka ibubapa boleh meneman anak pada peringkat awal untuk tidur d luar buaian. Ia mungkin sesuatu yang mencabar pada peringkat awal terutama jika dia menangis nangis meminta didodoi. Buaian perlu disimpan luar dari pandangan anak. Tetapi jika diberikan juga apabila dia menangis-nangis , dia akan belajar untuk menangis setiap kali meminta buaian kerana dia tahu itu caranya untuk mendapatkannya. Maka ibu bapa perlu tegas dan memberikan pujian bila anak menunjukkan respon walaupun sedikit.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Kesan buai jangka masa panjang”

  1. muaz Avatar
    muaz

    Tq…syukran…