Question: Adakah kanak2 yg menghidap nephrotic syndrome berpeluang untuk pulih sepenuhnya? Di sebabkan kedua2 buah pinggang mengalami kebocoran punca nephrotic syndrome berlaku? Selain daripada mengambil prednisone adakah ubat lain boleh digantikan ( prednisone atas nasihat doktor ). (Roslizawati)
Answer: Hi Puan Roslizawati, Terima kasih atas soalan anda. Diharap ahli DB kami yang terlatih dalam bidang nefrologi akan dapat menulis artikel terperinci tentang nephrotic syndrome. Nephrotic syndrome bermaksud ada kebocoran PROTEIN daripada ruang antara sel dalam buah pinggang, ini bukan maksud buah pinggang rosak dan bocor besar tetapi hanya tidak dapat mengawal pemindahan protein keluar daripada buah pinggang. Ini boleh disebabkan oleh beberapa sebab seperti serangan antibodi ke atas buah pinggang. Masalah ini yang boleh pulih sepenuhnya adalah jenis “Minimal Change” dan mempunyai peluang baik untuk pulih. Namun, ada juga yang akan mempunyai kesan jangka lama sekiranya berkaitain dengan SLE, glomerulosclerosis di mana ada risiko ia menjadi kronik. Ubat yang paling sesuai dan selamat ialah Prednisolone untuk rawatan ini. Memang pilihan utama dan pertama. Namun, sekiranya berlaku kesan sampingang teruk seperti terbantut pertumbuhan, katarak, masalah kencing manis, obesiti, osteoporosis, maka terpaksa ganti dengan ubat lain yang juga mempunyai kesan sampingan. Untuk rawatan nephrotic syndrome, ia harus diperhatikan oleh doktor pakar pediatrik bersama pakar buah pinggang, supaya boleh memastikan sama ada ia adaalh lebih daripada minimal change, dan memantau untuk kesan sampingang daripada prednisolone. Harap telah jawab soalan puan.