
Diyana berumur 5 tahun, anak kepada pasangan En Ahmad dan Pn Mariana adalah seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria. Diyana adalah anak sulung pasangan tersebut. Mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 2 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di Pantai Cenang, Langkawi. Bapa beliau mengusahakan sebuah kedai cenderamata yang dibantu oleh isterinya.
Hidup mereka sekeluarga ceria sehingga tanggal 8 Januari 2014 dimana pada waktu itu Diyana mengalami demam panas. Ibu bapa Diyana membawanya ke klinik yang berdekatan. Selain daripada demam, Diyana juga mengalami muntah-muntah dan batuk. Diyana telah diperiksa oleh doktor dan dirawat sebagai demam virus. Dia dibawa pulang kerumah dengan bekalan ubat.
Namun ibu beliau menjadi risau kerana walaupun Diyana diberi ubat demam beliau masih lagi megalami demam panas. Lebih merisaukan ibu Diyana ialah Diyana tidak mahu mengambil sebarang air atau makan. Diyana masih lagi muntah tetapi tidak kerap. Mata Diyana Nampak cengkung dan Diyana mula mengadu sakit perut.
Ibu bapa Diyana kemudian membawanya ke Hospital Langkawi setelah 3 hari demam. Setelah ujian darah yang dilakukan, Diyana disyakki meghidap Demam Denggi. Bilau dimasukkan ke wad kanak-kanak dan cecair intravena diberikan kepadanya. Pemeriksaan darah dilakukan 2 kali sehari.
Namun keadaan Diyana menjadi bertambah teruk. Diyana mengalami kesukaran bernafas semasa berada di Hospital Langkawi. Dia terpaksa di berikan bantuan pernafasan melalui tiub dan dipindahkan ke Wan ICU Kanak-kanak, Hospital Sultanah Bahiyah. Di wad tersebut, Diyana diberikan bantuan pernafasan melalui sebuah mesin. Keadaan Diyana bertambah teruk dimana beliau telah mengalami pendarahan dalaman dan darah serta komponen darah tertentu telah diberi. Beliau dimasukkan ke ICU Kanak-kanak selama 6 hari.
Pada hari ke-6 keadan Diyana bertambah baik. Keputusan darah menunjukkan bacaan yang hampir normal dan dia tidak lagi mengalami kesukaran bernafas serta pendarahan. Diyana telah di discaj pada hari ke-8 setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Namun dia perlu mendapatkan rawatan susulan di Klinik Pakar Kanak-kanak, Hospital Langkawi.
Ujian darah yang dijalankan di Hospital Langkawi dan Hospital Sultanah Bahiyah positif untuk penyakit Deman Denggi.
Diatas merupakan kisah sebenar tentang seorang kanak-kanak yang di serang penyakit Demam Denggi.
Kita semua sedar penyakit Demam Denggi masih lagi berleluasa di Malaysia. Meskipun terdapat usaha giat dari kerajaaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah penularan Demam Denggi serta meningkatkan kesedaran orang ramai, insiden penyakit ini meningkat setiap tahun. Begitu juga bilangan kematian akibat penyakit ini.
Penyakit Denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi,iaitu sejenis virus dari keluarga Flaviviridae. Jangkitan virus dipindahkan daripada darah pesakit yang dijangkiti kepada mengsa yang lain melalui nyamuk Aedes aegyti. Virus ini mempunyai 4 ‘serotype’, iaitu DENV1, DENV2, DENV3 dan DENV4.
Jangkitan daripada salah satu daripada 4 ‘serotype’ ini selalunya akan mengakibatkan penyakit demam denggi yang tidak merbahaya. Mereka selalunya mempunyai simtom atau tanda-tanda penyakit sama seperti jangkitan virus yang lain, iaitu, demam, sakit-sakit badan, sakit kepala dan meungkin muntah-muntah untuk kanak-kanak. Jangkitan daripada salah satu ‘serotype’ tidak mengakibatkan imuniti kepada ‘serotype’ yang lain. Malah, jika jangkitan virus kedua disebabkan oleh ‘serotype’ yang berlainan, simptoms yang lebih serius akan berlaku. Ini dipanggil ‘severe dengue’. ‘Severe dengue’ boleh menyebabkan maut.
Ini adalah disebabkan apabila berlakunya ‘severe dengue’ kapilari darah akan mengalami perubahan. Akibat daripada jangkitan virus denggi ‘serotype’ yang berlainan, badan seseorang pesakit akan bertindak balas di mana kapilari darah akan menjadi poros. Ini menyebabkan cecair dalam darah (plasma) akan bocor dari dalam saluran darah, seterusnya mengakibatkan tekanan darah rendah. Ini meyebabkan organ-organ tertentu mendapat bekalan darah yang kurang, seterusnya menyebabkan symptom tertentu seperti ketidak sedarkan diri, sakit perut, kesukaran bernafas. Darah mereka juga akan mengalami perubahan dimana sel platelet yang penting untuk pembekuan darah akan berkurangan. Ini mengakibatkan pendarahan yang serius.
Penyakit denggi boleh dikesan dengan melalui ujian darah. Ujian darah akan menunjukkan kepekatan darah (hematokrit) yang tinggi, menunjukkan tanda plasma darah telah bocor dari saluran darah. Bilangan platelet dalam darah juga akan berkurangan dalam ujian darah pesakit denggi. Selain itu di sesetengah klinik atau hospital ada menawarkan ujian antigen spesifik untuk denggi (NS1). Ujian ini sangat sensitive jika dilakukan dalam 5 hari pertama demam denggi.
Demam denggi selalunya mengamil masa 7 – 10 hari untuk pulih. Dalam waktu itu, hari ke 4 hingga ke 6 adalah tempoh yang sangat kritikal. Pada waktu ini kebocoran plasma darah adalah tinggi dan bacaan sel platelet adalah yang paling rendah. Kemungkinan jika seseorang kanak-kanak jika dimasukkan ke hospital, ujian darah akan dilakukan dengan kerap. Ini utuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mendapat isipadu plasma darah yang mencukupi supaya kedaan mereka tidak menjadi ‘shock’. Apabila ‘shock’ atau ‘kejutan’ akan berlaku, fungsi organ-organ penting dalam badan akan terhenti dan kanak-kanak tersebut bole meninggal dunia.
Setakat ini tiada ubat spesifik yang berkesan untuk merawat penyakit demam denggi. Doktor akan memastikan pesakit tidak mengalami ‘shock’ disebabkan kebocoran plasma darah dengan memasukkan cecair intravena. Jumlah cecair intravena yang dimasukkan kepada pesakit akan di pantau dari semasa ke semasa dan di ubah berdasarkan ujian darah. Pesakit akan digalakkan juga minum air dengan banyak semasa di wad. Selain itu ubat paracetamol juga akan diberikan untuk mengurangkan demam dan sakit-sakit badan.
Disebabkan oleh demam denggi tiada ubat khusus, pencegahan amat penting. Vaksinasi menentang penyakit ini sedang dalam kajian. Namun disebabkan oleh masalah pelbagai ‘serotype’ virus denggi ini, penghasilannya sangat rumit. Penghapusan vektor yang membawa virus penyakit demam denggi adalah langkah yang paling berkesan dalam mencegah wabak ini. Setiap inividu dan unit keluarga mestilah terlibat secara aktif dalam komuniti mereka untuk menghalang pembiakan nyamuk. Ini boleh dilakukan dengan cara bergotong-royong setiap minggu untuk menghapuskan tempat yang boleh menakung air. Akan tetapi, walaupun pelbagai kempen memerangi penyakit ini telah dijalankan oleh pihak berwajib, sambutan oleh masyarakat pada masa kini sangat dingin oleh yang demikian insiden demam denggi serta kematian akibatnya telah meningkat setiap tahun.
(written by Dr. Aznor Fadly)
Comments
4 responses to “Denggi – Perang yang tidak berkesudahan”
*Comment Follow-up System* Part 2
*Comment Follow-up System*
Hi, take a look at our document on dengue prevention in Malaysia http://thesafetyeducator.com/2014/08/14/dengue-prevention/ We have also reviewed mosquito repellants available in Kuala Lumpur.
sangat bermanfaat. terima kasih..