Question: dear dr,
anak saya berusia 5 bulan, dia mengalami batuk yang agak teruk, saya bawa dia jumpa doktor di klinik kesihatan, dan diarah untuk buat blood test dan doktor mendapati hb anak saya agak rendah, namun katanya tidak perlu bimbang kerana ini disebabkan anak saya sedang batuk, tekak dia sedikit merah dan ada spt nanah sikit (white dot) doktor telah berikan ubat antibiotik dan ubat batuk. Selepas seminggu saya bawak anak saya untuk pemeriksaan semula , blood test dibuat sekali lagi ke atas anak saya, dan didapati hb anak saya masih rendah (8.8) dan satu lagi masalah platelet nak saya dikatakan tinggi iaitu 560 , yang mana doktor tersebut memaklumkan jumlah platlet yang normal bagi usia anak saya adalah dalam lingkungan 500 shj. Skrang saya sedang tunggu temujanji untuk bawa anak saya kepada doktor pakar kanak-kanak. Saya sangat risau doktor, boleh tak doktor bagi nasihat apa saya perlu buat/beri anak saya makan apa supaya hb dan platlet dia kembali normal. Untuk pengetahuan doktor, anak saya menyusu badan sepenuhnya. Tolong doktor, saya buntu.
Answer: baguslah akan jumpa pakar pediatrik nanti, pemeriksaan dan analisa yang lebih rapi akan dapat menjawab soalan anda. Platelet yang tinggi boleh menggambarkan reaksi kepada jangkitan kuman yang baru reda. Hb rendah boleh kerana physiological anaemia yang disebabkan oleh kehilangan Hb fetus dan keperluan zat yang meningkat. Namun, ada faktor lain yang perlu diambil kira yang saya yakin doktor pakar akan dapat beri penjelasan. Tak perlu risau dahulu.
Comments
2 responses to “[Q&A] Masalah batuk”
My son is 3 yrs old. He always has flu and cough, almost once a month! What is doctor’s suggestion? Is it necessary to bring him for a thorough check up? Pls advise. Thank you.
HI Tan . If the cough and flu resolves without complication, that’s okay. Usually that is caused by a viral infection that is self limiting.
Meaning , cough and flu that occurred just a few days with or without fever , no shortness of breath, feeding is good and appetite returns once the child recovers, child gaining weight (and growing as expected) and active, it should not be of much concern.
Unless the symptoms never really settles then it’s advisable for a check up.