[Q&A] Masalah rotavirus

Question: Salam sejahtera,
Doktor,
Anak saya berusia 2 tahun. 2 bulan yang lepas dia dimasukkan ke hospital kerana rotavirus (tiada selera makan, muntah, cirit birit, muka pucat). Adakah virus ini boleh dijangkiti lagi walaupun vaksin rotavirus telah diberikan sebelum ini,
Doktor menyoal saya adakah di tempat taska (dibawah JKM) anak saya ada budak yang cirit-birit? Makan apa malam tadi? Ada dia kutip apa-apa dan masuk ke dalam mulut?.. Staf akan kata tidak kalau saya tanye ada budak demam ke, ada budak cirit-birit ke, ada budak batuk ke.. Semuanya TIDAK!!.. Tetapi ketika menghantar kita boleh tengok dan dengar budak batuk, demam semua ada. Saya beri makanan kepada anak saya apa yang saya makan, jika dia keracunan saya dan suami saya pun mesti keracunan juga. Tetapi saya dan suami saya tidak sakit apa-apa. Untuk pengetahuan doktor, syukur alhamdulillah anak saya bukan jenis yang mengutip benda-benda dan masukkan dalam mulut.
Dan kali ini, dari pagi sehingga jam ini (6 jam) anak saya muntah sebanyak 8 kali. Tetapi dia masih aktif, makan berselera, tidak cirit-birit, tidak demam. Doktor menyoal soalan yang sama kepada saya seperti diatas. Semuanya tidak kecuali berjangkit dari taska. Saya memang musykil disitu. Pernah sekali saya membuat aduan (setelah anak saya warded 2 bulan lepas, tidak pasti apa tindakan yang diambil oleh pihak yang terlibat kepada taska berkenaan).
Jika penyakit ini kerap berlaku kepada anak saya adakah ia boleh mendatangkan bahaya kepada anak saya?

Answer: 1)Muntah-muntah adalah simptom yang general dan tidak spesifik. sekiranya tidak ada cirit-birit , ia tidak semestinya disebabkan oleh termakan benda kotor. Ia mungkin adalah demam virus, tonsilitis,urine infection, dsb
2) Rotavirus boleh terjadi kepada mereka yang sudah vaksin dan mereka yang pernah kena, tetapi biasanya dalam keadaan yang jauh kurang serius


Posted

in

by

Tags: