Question: HAI….
Saya mempunyai anak 6 bulan 7 hari
berat anak 5.2 kg…baby masih menyusu badan dan susu formula
minggu lepas bawa anak pergi medical checkup , nurse bagitau berat anak tidak memuaskan.
1. di sini saya ingin bertanya berapa jumlah susu ‘ml’ yang diperlukan setiap hari bagi bayi 6 bulan.
2.bayi saya selsema dan nafas berbunyi ketika tidur malam. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan selsema.
3. Bayi saya sering menggaru kepala, lengan dan peha.Kadang-Kadang sampai luka bayi saya menggaru. Adakah anak saya menghidapai ekzema?
Answer: 1. Apabila anak sudah 6 bulan ke atas, harus mulakan beri makanan lain seperti cerelac, puree. Secara amnya, jumlah susu perlu 100ml 3 jam sekali mengikut beratnya (150ml/kg/day)
2. Ia mungkin bukan selsema yang sebenarnya tetapi bunyi ‘nasal snuffles’, lendir, boleh cuba dibuang dengan guna mucus aspirator. Sekiranya bayi susah untuk bernafas, perlu jumpa doktor segera. Sekiranya selsema dan masalah bernafas yang sebenarnya, perlu jumpa doktor untuk pemeriksaan.
3. Asyik menggaru mungkin kerana kulit kering dan gatal, oleh itu kemungkinan baby ada infantile eczema, ada ubat sapu dan moisturiser yang boleh membantu