[Q&A] Pertanyaan common tentang kanak-kanak

Question: Salam Doktor,
1. Anak saya ada tanda macam merah sekitar bawah mata seperti tanda orang yang tidak cukup tidur. Adakah normal?
2. Kulit anak saya sangat sensitif, kadang-kadang tiba-tiba boleh menjadi merah apabila berada dalam cuaca panas & juga boleh hilang secara tiba-tiba.
3. Anak saya kebelakangan ini enggan membasuh najis dan asyik mengadu sakit pada bahagian dubur tapi bila kami periksa tiada apa2 yang ganjil. Dia refused untuk dibersihkan. Saya pun tidak faham samada dia benar2 sakit atau tidak. Apabila ditanya keadaan dia di nursery, pengasuh memberitahu dia senang mengendalikan anak saya. Saya bingung.
Anak saya berusia 2 tahun 7 bulan.
4. Anak saya suka bercakap sendiri, melakonkan karakter2 kartun yang ditonton dan menjawab soalan kami dari ayat karakter kartun. Adakah normal sebegitu?
Sekian, terima kasih

Answer: Saya merasakan anak puan mungkin mengalami allergic rhinitis atau alahan hidung dan mata yang berkait rapat dengan masalah kulit sensitif iaitu eczema. Bawa berjumpa doktor untuk rawatan.
Adakah dia mengalami sembelit ? Atau ada kemungkinankah ada sesuatu yang berlaku ? Bertanya pada anak siapakah yang selalu membersihkan najisnya? Ada tak orang lain selain pengasuh yang pernah menyentuh atau membasuh duburnya. Adakah mencuci najis dilakukan dengan kasar atau ada pengalaman yang menakutkannya. Mungkin juga ia adalah masalah lain . Bertanya pada anak.Jika risau bawa berjumpa doktor. Keadaan begini memerlukan pemeriksaan dan bertanya pada pesakit sendiri.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Pertanyaan common tentang kanak-kanak”

  1. as Avatar
    as

    Mohon pencerahan dr doktor …thanx agar kurang sedikit rasa resah saya

  2. as Avatar
    as

    Salam doktor
    Nak tanya adakah ini normal
    1. Umur 3 thn anak sy bertukar susu dugro 3-6 thn sblum ni 1-3 thn susu dugro juga, selepas 6 ari najis seperti bubur nasi yg d masak selama 5 ari selepas tu ok balik.( berak sehari 1&2 Kali saja).
    2. 10/12/2014 najis anak seperti bercampur sedikit ketulan berwarna kuning telur + putih ( rupanya seperti memasak meggi bercampur dgn telur yg dgaul) jadi ketulan seperti itu sy maksudkan .Dalam 5 ari mcm tu lepas tu najis ok.kebetulan anak gemar makan sup telur mata kerbau..
    3. 30/12/14 najis anak kembali lg seperti ada ketul2 skit spt telur kuning hinggalah 2/01/2015 …
    3/01/2015 najis kurang skit …

    4. Pernah juga selepas makan mengadu skit perut minta d letakan minyak selepas tu ada OK skit (kurang 5 minit) adakah itu gastrik /angin doc.

    Anak sy usia 3 thn 3 bulan skrg

    Persoalan sy doc adakah semua ini normal? Adakah kerana pertukaran susu? Atau ada yg sy terlepas pandang mohon p