[Q&A] Pipi dengan bawah dagu baby ada ruam & kering.

Question: Salam doktor, baby sy berumur 2bln setengah. terdapat tompok putih dibwh dagu dan di tepi pipi baby. sblm tu, pipi dgn bwh dagu baby ada ruam & kering. tompok tersebut mcm panau. apa kah mslh kulit baby sy? adakah ia serius?

Answer: Kemungkinan jangkitan kulat namun bawa berjumpa doktor untuk kepastian kerana tompok putih boleh disebabkan masalah lain seperti vitiligo atau masalah kulit yang berkait rapat dengan masalah yang lebih besar seperti masalah otak dan perkembangan seperti dalam ‘ tuberous sclerosis’ . Oleh itu tanpa pemeriksaan menyeluruh saya tidak dapat mengetakan ia merbahaya atau tidak kerana saya perlu melihat sendiri tompok itu dan memeriksa aspek2 lain sebelum membuat diagnosis. Maka saya tidak mahu mengandaikan bahawa ia adalah perkara biasa hanya berdasarkan maklumat ringkas yang diberikan. Elok bawa berjumpa doktor ya.


Posted

in

by

Tags: