Question: Anak saya berusia 3 tahun 7 bln, perempuan dan sgt aktif. Ape yg saya menjadi kerisauan saya kebelakangan ni dia kerap berdengkur n kadang2 terjaga tengah malam kerana tersedak n terbatuk2. Hujung tahun lps dia ade terkena ‘tonsilitis’ agak teruk dan warded selama 1 mgg. Mungkinkah dia berdengkur disebabkan mslh tonsilitisnya yg lalu…krn skrg ni dia sihat shj, atau mungkin disebabkan mslh lain. Harap nasihat serta pandangan Dr.
Answer: bawa berjumpa pakar kanak kanak untuk pemeriksaan sekiranya perkara ini on and off berlaku kerana kanak kanak yang berdengkur adalah satu keadaan yang perlu di ambil serius. Adakalanya masalah tonsil yang agak besar menyempitkan ruang udara namun sekiranya sampai tersedak dan terbatuk , itu adalah tanda tanda yang memerlukan pemeriksaan dengan cepat . Bawa berjumpa pakar.