Question: salam para doktor
di sini saya ada kemusykilan mengenai bayi saya
bayi saya berumur 5 bln
untuk pengetahuan doktor bayi saya batuk serta selsema
batu sudah masuk minggu ke 2
saya sudah bwk ke klinik,doktor dh bagi ubat kahak dan selsema
tapi sehingga kini batuk masih lg berlarutan
saya risau kalau batuk lama akan ada kuman di paru2
apakah yang perlu saya buat
yang ke dua dalam masa yang sama mata bayi saya bertahi
apabila bangun dari tidur tahi mata sangat banyak
nak kata sakit mata,mata nya tidak merah
semasa saya bawak ke klinik tempoh hari matanya masih ok
kini saya titik air susu bdn saya utk mengurangkan tahi
ikut petua org lama
apakah sebab mata bayi saya bertahi
Answer: Batuk adalah satu simptom yang boleh berpunca samada dari hidung , kerongkong , salur pernafasan atau paru paru. Tanpa pemeriksaan , kami tidak dapat mennetukan punca batuk tersebut . Ada sesetengah jangkitan kuman , beserta dengan tahi mata . Saranan kami , dapatkan pandangan dan pemeriksaan doktor pakar sekerinya keadaan ini berlanjutan dan masih tidak sembuh . Adakah anak dikeliling asap rokok ? ini memungkinkan masalah tersebut lambat baik. Boleh baca masalah batuk di homepage kami dengan menaip batuk di search button .
Comments
2 responses to “[Q&A] Masalah batuk dan selsema”
Untuk pengetahuan doktor anak saya berumur 1 tahun 2 minggu..bayi perempuan..
Salam para doktor..anak saya telah di jangkiti selesema tp tidak demam..selang beberapa hari selesema semakin berkurangan namun timbul masalah lain iaitu anak saya muntah susu.selepas menyusu dia akan terus muntah.minum air kosong juga pun muntah.selera mkn anak sy juga semakin berkurang dan bdn dia lemah dan kerap tidur.sy telah ke klinik dan pembantu perubatan menyatakan tekaknya ada membengkak sedikit.adakah itu punca anak saya muntah susu dan menjadi tidak aktif?bagaimana cara untuk saya mengatasi masalah ini doktor
? Saya sgt bimbang..terima kasih..