Question: Slm doc, baby saya torticolis. Kate physioteraphist because of habit. Dah 3 bulan buat fisioterapi, Alhamdulillah semakin baik. Soalan saye, adakah memg mengambil masa yang lame untuk sembuh? Adakah habit akan kekal? Sbb kepala baby saye boleh tegak skjap jek.. Baby skrg umur 6bln..
Answer: Saya tidak akan mengandaikan ia habit tanpa memastikan tiada masalah lain pada usia seawal itu. Apatah lagi sudah berusia 6 bulan .
Torticolis adalah keadaan di mana kepala kelihatan senget dan dagu cenderung ke satu arah. Ia boleh berpunca dari masalah pada otot di leher yang dipanggil sternocleidomastoid. Ia bukan disebabkan habit . Apatah lagi anak masih kecil. Dapatkan pandangan doktor pakar sekiranya masalah ini berterusan