Question: Dr,
Bayi saya sekarang berusia 6bulan,saya dapati bahagian bawah tulang rusuk kiri bayi saya menonjol seolah2 tulangnya melengkung ke atas,saya harap doktor dapat memberi maklum balas tentang keadaan bayi saya,dia tetap aktif seperti biasa..saya bercadang utk membawa bayi berjumpa pakar kanak2 tetapi saya sekeluarga berada di kampung sehingga 16jun,saya harap doktor dapat membantu..terima kasih.
Answer: sekiranya anak adalah sihat, tiada masalah pernafasan, jangan risau dahulu. kemungkinan besar ia adalah normal, tiada masalah berkaitan paru-paru, oleh itu 16 Jun bukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Apabila bayi lebih besar dan berisi, ia tidak akan nampak begitu tertonjol. Sukar untuk kami memberi maklumat tanpa melihatnya sendiri.