[Q&A] Masalah allergic

Question: Salam, doctor anak saya berumur 2 thn. Tetiba bagun pagi seluruh badan dan muka ade bintat2 merah macam gegata..so kami mandikan dia dgn air suam bersama buds head to toe cleanser dan sapukan buds soothing lotion..ini membantu kurangkan kegatalan nya tetapi 4 jam selepas itu bintat2 naik semula..kami sudah mendapatkan rawatan di klinik, diberi ubat selsema/allegy..ini pun tidak membantu meredakan kegatalan nya..perlu ke kami mendapatkan allergy shot dari paed? (maklumat tambahan anak tidak ade makan mkanan baru yg boleh menyebabkan allegy) TQ

Answer: Puan , seperti yang kami tulis di ‘ disclaimer’ , keadaan acute seperti ini memerlukan nasihat doktor yang merawat kerana kami tidak dapat memeriksa anak dan melihat sendiri masalah tersebut . Tidak semua ruam adalah allergy dan oleh itu kami tidak mahu mengandaikan bahawa ini adalah masalah yang sedang berlaku , kerana ruam boleh berpunca dari pelbagai sebab. Sekiranya rawatan tidak memuaskan , puan boleh berjumpa doktor dan berbincang .


Posted

in

by

Tags: