[Q&A] Najis anak sering keras.

Question: dr.anak saya safiyyah berumur 1thn1bulan.saya telah beri karihome sejak umur 4bulan-1thn.najis anak sering keras..myebabkan timbul isi(daging)di antara faraj&dubur.dr telah beri proctosedyl oint utk kecutkan..tetapi makin membesar.saya xnak anak terlalu bgantung lactulose.kini dah sebulan saya bg novalac it utk sembelit..diselangseli dumex 123.karihome masih berbaki 2tin.saya whold dulu.betulkah anak perlu dibedah jika isi itu tidak mengecut.puas juga saya bagi buah2an.saya sgt kesiankan baby.mohon bimbingan dari dr.terima kasih.

Answer: Masalah sembelit ada pelbagai punca. Dan antara yang kerap menyebabkan masalah ini ialah pemakanan yang kurang serat . Susu yang telalu banyak juga boleh menyebabkan masalah sembelit . Namun begitu , perlu saya tekankan bahawa ada masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan sembelit contonnya kurang hormon tiroid, masalah usus . Saya tidak boleh mengandaikan tanpa lebih maklumat bahawa anak puan sememangnya tidak mempunyai masalah kesihatan tersebut. Dan isi yang puan maksudkan itu perlu diperiksa terlebih dahalu. Tanpa pemeriksaan kami tidak dapat memnerikan pendapat dalam kes kes begini. Saranan saya bawa anak berjumpa doktor pakar kanak kanak , apatah lagi masalah ini berlanjutan terlalu lama.


Posted

in

by

Tags: