Question: dr,
anak saya terkena penyakit pneumonia,dia sekarang tengah dirawat dihospital.pihak hospital memasuk air kedalam badan anak saya,akibat kkurangan air dlm badan setelah mgalami cirit birit.sampai sekarang dia tidak mahu menyusu. dia hanya menyusu 1aun sahaja.setelah itu saya memberitahu dr, cuba air yang masuk kedalam badan ank stop dulu supaya dia nak menyusu.setelah dr stopkan air yang masuk dalam badan anak saya, masih tetap sama tak nak menyusu.dia hanya susu 1 aun sahaja.apakah punca anak saya tidak mahu menghisap susu dr?..sedangkan anak saya agak aktif n demam pon dah takder
Answer: Masalah seperti pneumonia boleh menjejaskan penyusuan, malah kanak kanak yang tidak sihat akan kurang minum atau makan kebiasaannya. Ini akan beransur baik apabila dia semakin pulih kebiasaannya. Cuba kasi susu sedikit demi sedikit tapi dalam kadar yang kerap. Lebih elok berbincang dengan doktor yang merawat kerana dia lebih mengetahui memandangkan dia sedang merawat anak puan sekarang.