[Q&A] Anak saya pelajar tahun 5, ketika dia tidur kerap kali ada bunyi seperti lembu mendengus

Question: Assalam Doc,
Anak saya pelajar tahun 5, pada ketika beliau tidor kerap kali ada bunyi seperti lembu mendengus…agak kuat bunyinya bagi seorang kanak-kanak…..
Beliau seolah-olah bermasalah di hidungnya atau saluran pernafasannya.
Untuk makluman doc beliau selalu mengalami pendarahan dihidungnya..kami telah membawa beliau berjumpa doc di klinik tapi di rawat sebagai normal shj.
(Saya dan suami sendiri mempunyai masalah resdung).
Minta penjelasan dari doktor ye…
Terima kasih.

Answer: sekiranya dia kerap bersin , selsema, gatal-gatal hidung dan mata, dia berkemungkinan mempunyai masalah ‘allergic rhinitis’ atau alahan pada hidung. Sekiranya masalah ini telah berlarutan agak lama, dia mungkin mempunyai masalah di mana dalaman hidungnya bengkak dan ini boleh mengganggu pernafasan dan menyebabkan bunyi ketika tidur. adakala, mereka juga mengalami pendarahan hidung.
Namun begitu, ini tidak dapat saya tentukan di sini. Ini adalah telahan saya berdasarkan maklumat ringkat yang diberikan. Saranan saya dapat temujanji berjumpa dengan pakar ENT (pakar telinga, hidung dan mulut) untuk penilaian dan rawatan selanjutnya ya


Posted

in

by

Tags: