[Q&A] Ada ketulan bengkak dalam lubang hidung anak saya akibat kekerapan bersin.

Question: salam doc,
anak saya berumur 5thn dan menghidap sinus dari umur 1tahun . ada ketulan bengkak dalam lubang hidung akibat kekerapan bersin. kadang2 menyukarkan dia untuk bernafas kerana pembengkakkan tersebut..sekarang dia bergantung dgn ubt alegik daripada klinik swasta. jika dia xmkn ubat tersebut dia akan bersin kerap dan berhingus sepanjang masa. ini membuatkan dia tidak selesa dan aktivitinya agak terganggu. Malah saya pun tidak begitu selesa untuk memberi ubat tersebut sepanjang masa. adakah supplemen yg sesuai untuk menggantikan ubat tersebut @ apa cadangan doktor ?

Answer: Anak mempunyai masalah allergic rhinitis . Elok bawa berjumpa pakar ENT. Kenal pasti dia alah pada apa dan cuba elakkan pencetus tersebut seboleh mungkin . contohnya sejuk dan habuk. Tiada supplement yang terbukti berkesan. Adakala doktor boleh memberi ubat kunyah (montelukast) namun saranan saya jumpa pakar ENT dahulu.


Posted

in

by

Tags: