Question: Aslkm doc sy nak tanya… Anak sy bumur 1 tahun 11 bln..Anak saya ada muntah2 satu hari..mase die muntah2 die hanya minta air kosong..then bila die minum habiskan satu botol die akn muntah n keluarkan balik air kosong tu smpai muntaj die pon tinggal warna jernih sbb dah tak ada ape2 lg dalam perut… Susu n makanan langsung die tak nak..sy dah bwk pg klinik..dr just bg ubat tahan muntah..then after dah ok… Die still xnak makan n minum susu…adakah sbb perutnya dah masuk angin or ade something yg buat die langsung xberselra? Harap dr dapat tolong jawabkn…
Answer: Puan, maaf kerana menjawab lambat tetapi kami memang tidak menjawab dalam kadar segera. Masalah acute seperti ini haruslah rujuk kepada doktor. Ubat muntah tidak diberikan kepada kanak kanak, tetapi fokus rawatan adalah merawat dan mengelakkan dehidrasi. Apabila sesuatu simptom berlaku, puncanya perlu dikenalpasti..adakah dia muntah kerana jangkitan usus atau masalah jangkitan air kencing, atau food poisoning dan sebagainya. Ini kerana muntah adalah simptom kepada pelbagai penyakit. Apabila mendapat jangkitan kuman, kanak kanak akan hilang selera dan berasa agak lemah. Penting untuk pastikan dia tidak kering dan tidak mengalami ketidakseimbangan garam galian dalam badan kerana muntah2 itu. Maka bila oral rehydration salt (ORS) perlu diberikan (boleh dapat dari doktor atau farmasi). Makan dan minum perlu diberi perlahan-lahan dalam kuantiti sedikit demi sedikit (contohnya dengan menggunakan sudu sekiranya dia tidak mahu minum) . tetapi sekiranya makan atau minum dlm kuantiti sedikit, asyik muntah , dan ada tanda tanda dehidrasi seperti kurang aktif dan sebagainya, jangan tunggu dan bawa ke hospital terus. Harap ini membantu puan pada masa akan datang sekiranya berlaku lagi. Ada artikel di homepage yang telah pun menerangkan tentang dehidrasi dan ORS