Question: Salam doc.. Ank sy mengalami hidung tersumbat seperti kahak tidak lepas seawal usia kelahiran sehingga kini (6bulan). Alhamdulillah baby tidak bernah demam atau selsema.. Doc pakar kanak2 dah beri ubat kahak setiapbulan trmasuk ubat titis hidung tetapi sehingga hari ini tidak pernah berkurangan.. Doc pakar tersebut juga suruh sy beri susu rumusan khas Enfalac A+ Gentlease.. Akhir sekali doc cuma harap sy bersabar kerana kahak ini akan hilang sendiri.. Sbb ank tidak mengalami apa2 masalah lain.. Setiap hari sy kasihan mendengar pernafasannya yg sentiasa tersumbat seperti lendir itu.. Sy amat2 berharap dpt atau ada kaedah yg boleh membantu bayi saya…
Answer: Puan , apakah maksud puan , pernafasan sentiasa tersumbat ? adakah memang tersumbat ‘ blocked nose’ atau pernafasannya berbunyi? ini kerana, perlu dipastikan adakah hidung tersumbat kerana lendir atau pernafasannya berbunyi . Sebab saya bertanya adalah kerana ramai ibu bapa yang datang kepada saya dan mengatakan sedemikian iaitu hidung tersumbat tetapi sebenarnya mengalami laryngomalacia ( atau salur pernafasan yang lembik). Jika benar diagnosisnya disebabkan kahak, adakah ia berlaku sepanjang masa atau setiap bulan terjadi ( sbb melalui soalan puan berkata dapat ubat kahak setiap bulan) jadi saya mengagak dia kena setiap bulan sekali tetapi bukan sepanjang masa.
Dalam konteks ini , untuk mendapatkan rawatan yang betul diagnosis perlu tepat. Saya cadangkan untuk dapatkan pandangan kedua sekiranya tiada perbezaan dalam rawatan . Saya tidak dapat membuat diagnosa tanpa pemeriksaan .