Question: Assalammualaikum doktor, sy ingin bertanya pendapat doktor..anak sy berusia 9 bln..fully formula milk since 6 month old… Anak saya sudah 4 hari berak more than 5 times perday…sebelum ni anak saya berak hanya 1-2 kali sekali.. Berak nya tidak lah terlalu cair… Sekarang ni bagun pagi die akan berak…dan najis nye pekat seperti biasa..tetapi selang 10 min kemudian die akan berak lg tetapi najis nye agak cair dan seperti berlendir… Kemudian t.hari, ptg dan malam…die akan berak lg…tp seperti pagi juga..berak pertama mcm biasA tapi selAng 10 min die akan berak dan najis nye agak berlendir… Anak saya aktif dan menyusu makan n minum seperti biasa… Ada pendapat cakap biasa sbb cuaca sekarang panas… Adakah saya perlu mendapatkan rawatan atau ini adalah normal?
Answer: Apa yang perlu diketahui ialah mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air. Sekiranya dia aktif seperti biasa,tidak terjejas makan dan minumnya, tidak demam serta kekerapan najis tidak teruk , kencing sperti biasa puan boleh berikan air garam (oral rehydration salt) yang boleh didapati di farmasi. Sekiranya sudah berkurangan kekerapan najis, boleh menyusu dan makan sperti biasa tiada yang perlu dirisaukan kerana dia berkemungkinan mendapat jangkitan virus di usus yang tidak serius. tetapi sekira sebaliknya bawa berjumpa doktor.
Comments
One response to “[Q&A] Masalah buang air besar”
Assalamualaikum Doktor,
Saya ada soalan berkaitan najis bayi. Bermula semalam 27hb feb 2015, saya perasan ada sedikit palitan/calitan darah dalam najis anak saya(Warna najis anak saya kuning kecoklatan/kuning cair). Saya tak pasti itu adalah darah atau tidak tapi jika berwarna merah sudah tentu itu darah. Anak saya berusia 60 hari. Dalam sehari dia akan berak 2-3 kali, kencing 5-6 kali. Saya perhatikan najisnya kadang2 ada palitan darah kadang2 tiada. Buat pengetahuan doktor, saya terpaksa campur susu badan dengan susu formula kerana masalah sebelum ni berat badan nya tidak naik dengan normal. Saya refer doktor dan bagi saya Neo Baby Snow Brand untuk anak saya dan alhamdulillah beratnya bertambah dan sihat walafiat serta aktif.
Cuma yang merisaukan saya adakah najis anak saya normal atau saya perlu refer doktor?