Question: Doktor,
Anak saya berumur 1 tahun 3 bulan. Dia baru sahaja sembuh dari demam panas yang agak lama iaitu 1 minggu.
Selepas sembuh, saya dapati selera makan anak saya turun dengan mendadak. Dahulu dia akan makan apa sahaja dgn kuantiti yg agak byk. Namun, skrg langsung tak mahu menjamah…..saya dah cuba beri semua makanan kesukaan sebelum ini tetapi semua nya ditolak. Sudah hampir seminggu dia minum susu sahaja….dari segi lain….dia cergas dan aktif bermain tp utk mkn, dia cuba skit terus tidak mahu. Kadangkala terus ditolak tanpa dirasa….apa yang perlu saya buat doktor.
Answer: Adalah biasa untuk kanak kanak hilang selera selepas sembuh dari sakit . Ini akan mengambil masa dan beransur ansur pulih . Sekiranya dia terlalu banyak minum susu juga akan menyebabkan dia kurang makan kerana sudah kenyang, walaupun puan mungkin rasa dia patutu minum sebab kurang makan. Sekiranya dia cergas dan aktif, berinya sedikit masa. Ia akan bertambah baik. boleh rujuk artikel ‘anak tak nak makan’ yang sudah dikeluarkan sebelum ini. taip ‘makan ‘ di search button