[Q&A] Masalah penyakit jantung berlubang

Question: salam sejahtera doctor.. bln 11 tahun lepas saya melahirkan anak secara cesarean kerana setiap kali saya contraction degupan jantung anak saya menurun..setelah di lahirkan doctor mengesahkan terdapat lubang kecil pada jantung anak saya dan lubang itu akan tertutup sendiri tetapi mengambil masa 3-4tahun.. persoalan saya sekarang saya ingin tahu mengapa ianya terjadi.. adakah ini perkara biasa terjadi pada bayi-bayi yang lain dan adakah benar ianya akan tertutup sendiri.. mohon pencerahan.. sekian terima kasih

Answer: Masalah jantung di kalangan bayi berlaku sejak dalam kandungan semasa pembentukan bayi. Semestinya , tidak semua bayi dilahirkan dengan masalah jantung . Saya tidak boleh komen memandang maklumat yang diberikan sangat terhad. penyakit jantung berlubang ada pelbagai jenis. Ada yang boleh tutup sendiri dan ada yang tidak dan memerlukan pembedahan. Dalam kes begini, puan haruslah berbincang dengan doktor yang merawat untuk menerangkan masalah anak puan , lubangnya di mana, saiz lubang dan sebagainya sebab saya tidak mempunyai segala maklumat tersebut untuk memberitahu puan samada memang ia akan tutup.


Posted

in

by

Tags: