Question: Salam docs.. Saya ada 2 soalan:
1.Bayi saya berusia 8 bulan suka tidur meniarap. Adakah ia akan meningkatkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)?
2. Saya ada terbaca status seorang Doktor yang mengatakan bahawa memberi bayi susu ibu sahaja tanpa makanan pejal adalah lebih baik untuk bayi sehingga usia bayi 2 tahun. Tetapi KKM menyarankan bayi diberi makan apabila umurnya 6 bulan. Sejauh manakah kesahihan status doktor tersebut?
Answer: 1. Antara kempen mengurangkan insiden Sudden Infant death Syndrome (SIDS) atau Kematian bayi secara mengejut adalah dengan menggalakkan tidur secara terlentang (atau supine). Masalah SIDS ini boleh berlaku dalam bayi kurang dari 1 tahun (infant – sampai umur 1 tahun) namun insiden paling banyak berlaku dalam 6 bulan yang pertama. Secara asasnya, adalah lebih selamat untuk anak tidur terlentang, malah melalui pembacaan saya posisi tidur meniarap juga tidak digalakkan dalam Islam.
meniarap (prone) semasa jaga elok semasa bermain (supine for sleep, prone for playing) sekurang-kurangnya 15 minit sehari mampu meningkatkan tahap perkembangan anak.
2. Kenyataan tersebut sememangnya tiada asas kebenaran. Makanan permulaan diberikan pada 6 bulan bukan sahaja sejajar dengan saranan KKM tetapi World Health Organization. bayi yang tidak diberikan makanan permulaan selepas 6 bulan dan hanya bergantung pada susu badan berisiko tinggi untuk mengalami kekurangan nutrisi terutamanya kurang zat besi. Saya kerap berjumpa dengan bayi yang mengalami masalah ini kerana kurang makan dan banyak minum susu sahaja ( apatah lagi tak makan langsung). Masalah zat besi akan menyebabkan masalah kurang darah merah dan dalam jangka masa panjang mengganggu perkembangan minda dan pertumbuhan badan.