[Q&A] Masalah sawan

Question: Dear Doctor,
Baru-baru ini anak saya mengalami sawan, tanpa demam. Ini adalah berlaku pada kali pertama sepanjang umur anak saya. Anak saya berumur 17 bulan.
Sehari sebelum sawan, anak saya ada mengalami demam dan muntah-muntah berserta kurang selera makan dan juga susu. Tetapi pada hari sawan tersebut, doctor telah mengesahkan dia tidak demam.
Jadi anak saya telah dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan pakar telah membuat MRI ke atas anak saya. Result MRI tersebut menunjukkan tiada apa-apa masalah.Tetapi doctor khuatir anak saya mempunyai epilepsy dan memohon agar dibuat follow up untuk keadaan anak saya. ini kerana keluarga saya dan suami tidak mempunyai sejarah epilepsy. doctor juga tidak prescribed sebarang ubat berkaitan dengan epilepsy.
soalan saya, sekiranya benar anak saya mempunyai epilepsy, adakah sebarang pre-caution yang boleh di ambil oleh saya untuk mengelakkan terjadi lagi sawan ke atas anak saya? dan juga adakah penyakit ini akan berterusan sehingga anak saya besar?

Answer: Sawan boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan epilepsy adalah salah satu daripadanya. Pada peringkat awal , agak sukar untuk mengetahui pencetus sawan dan adakala ia berlaku secara tiba tiba tanpa pencetus. Adalah sukar untuk mengatakan secara spesifik samada anak puan akan mengalami masalah ini sampai besar atau tidak kerana ada kanak-kanak yang ‘ outgrow’ masalah ini apabila meningkat remaja. Ubat biasanya tidak dimulakan pada sawan yang pertama (melainkan ia sangat teruk) namun jika kerap terjadi, doktor akan mula memberi ubat kawalan sawan. Mungkin nanti kami akan keluarkan artikel tentang epilepsy pada masa akan datang.


Posted

in

by

Tags: