Question: Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 bulan. Saya menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuh masa. Anak saya hanya menyusu ‘direct feading’ tidak mahu menghisap susu dari botol (walaupun susu yg dipam) atau menggunakan puting. anak saya kerap menyusu tidak mengira waktu dan setiap masa walaupun ketika dia tidur (sepanjang malam) sehingga menganggu kehidupan harian saya. Malah saya sudah tidak boleh memandu kereta dan keluar di tempat awam. Masalah saya adalah bagaimana untuk saya menghentikan tabiat anak saya ini yg tidak mahu berengang dgn saya dan adakah patut saya stop kan sertamerta menyusukan dia dan bagaimanakah cara yang sesuai utk memastikan anak saya tidak terlalu bergantung dan sentiasa mahu menyusu badan setiap masa? Harap doktor dapat membantu saya.
Answer: ada 2 cara untuk memisahkan putting dari anak.
· ‘Cold Turkey’ atau berhenti terus
· Berhenti secara beransur-ansur
Kedua-dua cara ada pro & cons. Kedua-dua cara perlukan penjelasan/persediaan kepada anak. Cold Turkey/ berhenti terus mengambil masa yang cepat tetapi anak akan mendapat kesan ‘withdrawal’ seperti tak boleh tidur, menangis dan sebagainya. Sekiranya kesan ini tidak lama (kurang dari 6 – 8 minggu), ia tidak membawa kepada apa-apa kesan psikologi yang serius.
Good Luck!