Question: salam Dr,
saya mempunyai anak berusia 11bulan yg dilahirkan secara ceaser. sepnjg hayatnya, ini adalah kali pertama dia menghidap demam panas (39 C).apa yang membimbangkan saya,suhu badannya menjadi 37.5 pada waktu siang.jadi saya hanya memberinya ubat yg berbentuk cecair (demam +batuk+selsema). bila malam, selalunya pukul 1.00 pg, dia akan terjaga dari tidur dan terus menangis. saya dapati suhu badannya mencecah 39.4C. apa yg saya lakukan setakat ini, adalah terus memasukkan ubat ke punggungnya.ini merupakan hari ke 4 dia demam. saya juga telah berjumpa pakar dan beliau memberitahu ini adalh demam yg biasa dihidapi oleh bayi2. namun, dia ada memberitahu bahawa situasi ini blh berlaku smpai 4 hari. perlukah saya mendapatkan rawatan susulan jika keadaan berterusan selepas hari ke 4? selain demam, dia juga menghidapi selsema (kuning) dan batuk2.
terima kasih.
Answer: Sekiranya demam sudah makin reda, dia aktif , berselera dan keseluruhan nampak semakin baik , maka tidak perlu. Tetapi sekiranya sebaliknya perlulah dapatkan penilaian semula oleh doktor.