[Q&A] Masalah antibiotik kepada budak-budak

Question: Salam..saya inginkan nasihat doktor, anak saya telah demam batuk dan selesema 2 minggu yg lepas..seminggu kemudian, selepas dibawa berjumpa doktor, dia telah kembali sihat. Tetapi saya perasan yg najis nya agak cair sejak dia mula mkn ubat dan antibiotik yg doktor bg. Setelah dia sihat, sy masih lg teruskn pemberian antibiotik tp pd 1 hari dia semakin kerap cirit birit sehingga sebabkan kawasan punggung nya melecet atau luka dan dia menagis stiap kali dia kencing atau cirit lagi. Setelah itu sy telah bawa dia jmpa doktor lagi (isnin lepas), doktor telah berikan krim dan ubat. Anak sy skrg memg sudah tidak cirit birit yg kerap, tetapi dia akan buang air besar (najisnya cair) setiap kali lepas minum susu? Adakah ini normal? Atau adakah sy perlu menukar jenama susu yg lain? Adakah cara supaya najisnya kembali normal?

Answer: Sekiranya keadaan ini berlarutan walaupun dia sudah pulih (jika dia tidak sihat , berjumpalah dengan doktor) dan najis masih cair dan tidak menunjukkan perubahan langsung , boleh menukarkan susu kepada formulasi ‘tanpa laktosa’ untuk 2-3 minggu dan kemudian mengambil semula susu biasa. Ini memberi ruang untuk usus pulih dari kesan cirit birit semasa menggunakan susu tanpa laktosa ( boleh beli di farmasi , ada beberapa brand ).


Posted

in

by

Tags: