Question: Salam Dr. Anak saya berusia 22 bln. Baru-baru ni ada kes HFMD di nurseri anak saya. Dan dlm masa tersebut ada berjumpa dengan sepupu dia yang berusia 1 tahun. Anak sia alhamdulillah sihat, tetapi sepupu tersebut disahkan HFMD. Adakah anak saya meripakan pembawa virus ini? Saya bertanya kerana pada tahun lepas, perkara yg sama berlaku, ada kes HFMD di nurseri dan ada jumpa bayi, few days later bayi tu sah HFMD.
Answer: Sememangnya, HFMD mudah berjangkit tetapi sekiranya telah sembuh , mereka tidak lagi menjangkiti orang lain maksudnya tidak membawa virus. Ya, adakala, virus mungkin masih berada dalam najis selepas beberapa minggu, namun secara amnya bila mereka sudah sembuh , tiada risiko. Sebab itu, sekiranya seseorang kanak-kanak dijangkiti HFMD , dia tidak sepatutnya di biarkan di nursery dan bergaul dengan kanak kanak lain kerana jangkitan mudah berlaku melalui hingus hidung, bersin , sentuhan,, air liur dan cecair ruam .