Question: Doktor,anak saya berusia 40hari,sebelum ini,dia buang air besar 5kali sehari tetapi sekarang dia hanya buang air besar 2 – 3 hari sekali tetapi kerap membuang air kecil dan banyak,adakah ia normal kerana dia menyusu ibu sepenuhnya atau ada masalah dengan susu ibu?bagaimana cara untuk membolehkan dia kembali membuang air besar seperti setiap hari?
Answer: bayi yang susu badan memang begitu. Pada peringkat awal dalam 1-2 bulan pertama, mereka buang air besar banyak kali sehari tapi selepas itu , jarang jarang adakalanya seminggu sekali. Sekiranya najis lembut , bayi tidak muntah-muntah , dan perut lembut , tiada yang perlu dikhuatiri kerana ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan