[Q&A] Anak saya yang sulung berumur 34 bulan dengan berat 12 kg telah memijak perut bahagian bawah anak saya berumur18 bulan dan melangkah, boleh berlakunya kerosakan dalaman?

Question: Salam doktor,
Semalam anak saya yang sulung berumur 34 bulan (2 tahun 10 bulan) dengan berat 12 kg telah memijak perut bahagian bawah anak saya berumur18 bulan dan melangkah..ia berlaku sekelip mata di hadapan saya walaupun telah saya larang dan saya bimbang ada kerosakan dalaman. setakat ini anak saya tidak menunjukkan sebarang tanda kesakitan dan menyusu macam biasa..minta nasihat doktor atas perkara ini..apa tanda2 yang saya patut bawa anak ke klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut?

Answer: Sekiranya puan risau, eloklah dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Ini adalah kerana , sekiranya terdapat tanda tanda seperti pucat , kembung perut , muntah -ia adalah tanda yang agak lewat. Sekiranya dia aktif , minum seperti biasa dan tidak menunjukkan tanda2 kesakitan , itu adalah tanda positif yang menunjukkan kemungkinanbesar tiada masalah , Namun seperti saya katakan tadi, agak sukar untuk menilai tanpa pemeriksaan apatah lagi sekiranya dipijak secara kuat , komplikasi boleh berlaku.


Posted

in

by

Tags: