[Q&A] Masalah tonsil

Question: Dear Doctor,
saya mempunyai anak perempuan berumur 44 bulan yang mempunyai masalah tonsil yang agak besar. Kami telah perasan keadan tonsilnya sejak umur anak kami 3 tahun lagi dan kami telah merujuk perkara ini kepada doctor pakar ENT, kami dimaklumkan untuk tunggu dan lihat sahaja memandangkan tonsil tersebut tidak mengganggu permakanan anak kami dan beliau tidak selalu demam.
Namun sejak kebelakangan ini, saya lihat tonsil tersebut makin membesar dan hampir menutupi anak tekak. Anak kami juga akan selalu berdengkur dengan kuat, dan beliau akan tidur dengan mulut yang ternganga. Beliau sering akan muntah sekiranya makan terlalu kenyang, atau menangis terlalu lama, dan anak kami juga sangat sensitive dengan apa-apa sahaja yang menyentuh tekak beliau (cth: mengenakan tudung, anak baju turtle neck)
Perlukah kami mendapatkan rawatan, atau adakah perlu pembedahan dibuat dan apakah risikonya. ( Haryati)

Answer: kanak-kanak sememangnya mempunyai tonsil yang besar kerana ia adalah tisu yang membantu melawan jangkitan Ia akan menjadi merah dan membesar apabila berlaku jangkitan kuman dan adakala memerlukan rawatan antibiotik sekiranya jangkita bakteria berlaku. Sekiranya tidak, tiada apa yang perlu dilakukan kerana dalam kebanyakan kanak-kanak ia mengecil apabila mereka membesar dalam tempoh beberapa tahun. Namun begitu, sekiranya ia menyebabkan masalah seperti berdengkur, ini perlu diberi perhatian dan saya sarankan berjumpa kembali dengan pakar ENT untuk penilaian. Mereka akan menentukan samada pembedahan perlu dilakukan. Memandangkan ia bukan bidang kami, maka kami tidak menjawab lebih pada soalan ini. Ada satu artikel tentang pembedahan secara am tetapi tidak khusus kepada pembuangan tonsils. Boleh rujuk di homepage.


Posted

in

by

Tags: