Question: Assalamualaikum..anak saya berumur 2 tahun 2 bulan. Dia kanak2 aktif seperti biasa.Sesuatu yang saya bimbang mengenai dia adalah dia ada sikap suka menangis sampai hilang suara (orang kedah kate Selop)..dia hanya akan menangis sampai selop klu jatuh melibatkan kepala (terhantuk/terjatuh)..apabila selop dia macam pitam seketika (beberapa saat) kemudian dia akan sedar dan menangis seperti biasa semula.Tak pernah lah dia murung atau muntah selepas jatuh.Dia akan aktif seperti biasa selepas itu. Apa pendapat Dr mengenai anak saya ini. Kalau dibawa ke hospital perlu dirujuk ke bahagian mana?
Answer: Boleh dapatkan rujukan ke Klinik Pakar Kanak-kanak /Pediatrik. Melalui deskiripsi puan , saya merasakan anak Puan mengalami keadaan yang dinamakan ‘reflex anoxic seizure’ memandangkan sesuatu tepukan/hantukan melibatkan kepala berlaku sebelum episode seperti pengsan . Ia disebabkan oleh kekurangan oksigen yang diedarkan oleh darah ke bahagian otak semasa kejadian itu berlaku. Ia biasanya tidak merbahaya dan berlaku kepada kanak-kanak normal. Namun begitu , memandangkan saya tidak dapat memeriksa anak Puan ,adalah elok dapatkan pemeriksan doktor pakar juga.