Question: hello doktor..
saya ingin bertanyakan berkenaan sembelit, anak saya berumur setahun 11 bulan. dan sekarang dia sering sembelit.kadang-kadang 2 hari baru poo poo dan sembelit. saya ke klinik untuk dapatkan ubat sembelit untuk disuap kepada anak saya..apabila dia hendak poo poo tetapi tidak keluar najis, saya terus bagi ubat tersebut..saya ingin bertanyakan adakah ubat tersebut memberikan apa-apa kesan sampingan kerana saya selalu memberikan anak saya minum ubat tersebut 2.5ml. untuk 2 hari sekali..
Answer: 2.5 ml 2 kali sehari tidak mendatang kesan kerana ia adalah dalam dos yang sedikit. Namun begitu , matlamat rawatan untuk sembelit bukanlah untuk terus bergantung pada ubat kerana dalam pada memberi ubat tersebut , pemakanan perlu diubah agar lebih diperkaya dengan serat yang dapat membantu sembelit. Ada artikel tentang sembelit (constipation) di homepage kami yang harapnya dapat membantu.