[Q&A] Masalah pemakanan

Question: salam Dr.
anak saya berumur 1 tahun 6 bulan..sudah beberapa kali saya pantau anak saya dia ada alah dengan gula,chocolate dan air seperti vitagen atau yakult..jika dia makan gula dia akan mendapat oral thrush dan chocolate pula bila dia makan dia akan senang mendapat sakit tekak…dan bila dia akan minum air vitagen atau yakult pada malam hari dia akan menangis seperti sakit perut..bolehkah dr terangkan kenapa dan betul kah anak saya alah dengan 3 jenis makanan ini…terima kasih..bagaimana sy tahu dia sakit tekak dia akan kurang minum susu kemudian dia akan demam so bila demam sy akan pergi klinik so doc check mengatakan yg tekak dia merah atau pn ulser..so far dia xbatuk..ok bila dia akan minum air vitagen or yakult pd siang hari so dia akan menangis pd malam dlm pkul 1,2.3 pg…mcm mana sy tau dia sakit perut bila dia nangis tak berhenti2 sy akan bg dia gripe water lepas bg automatic dia akan diam dan terus tido balik….

Answer: Memandangkan anak Puan baru berusia setahun 6 bulan, bagaimanakah puan tahu dia mengalami sakit tekak ? Adakah kerana dia batuk? Ini kerana adalah penting bagi kami mengetahui simptom sebenar apabila dia mengambil makanan tersebut sebelum memberi nasihat. Adakah simptom menangis seperti kesakitan dan sebagainya hanya datang apabila dia diberikan makanan tersebut. Dan apakah tanda2 lain yang menunjukkan dia sakit perut.


Posted

in

by

Tags: