[Q&A] Anak saya tidak mahu minum susu

Question: Salam, Doktor,
Anak saya baru berusia 6 bulan,dan mula makan makanan pejal start umur 4 bulan ++, masalah saya sekarang ni, anak saya tidak mahu minum susu langsung 2-3 hari ni. walaupun pada waktu tengah malam. tiap kali berjaga malam dia rela tahan lapar daripada minum susu. saya terpaksa bagi makan nestum untuk bagi dia kenyang dan berhenti menangis. saya sudah cuba bagi susu formula lain, tapi tetap sama. apa patut saya lakukan doktor? terima kasih

Answer: Langsung tidak minum 2-3 hari? Adakah dia diberikan susu lain seperti susu badan atau air lain? Sukar saya membayangkan bayi yang LANGSUNG tidak minum, apatah lagi untuk 2-3 hari melainkan dia sakit.


Posted

in

by

Tags: