Question: Assalam dan Salam Sejahtera Doktor,
Anak saya berusia 9 bulan. baru2 ini dia cirit birit. dalam satu hari lebih dari 5 kali dia berak. Apa yang merunsingkan saya adalah, bahagian bontotnya dah mula merah sehingga menyebabkan dia menggelupur setiap kali di cuci. kerana risau rash tersebut makin teruk saya cuma mencuci kencing & beraknya menggunakan air sahaja tanpa sabun. selepas di lap dengan kering saya cuba meyapu dengan minyak gamat tapi keaadaan masih sama. kemudian saya mencuba minyak kelapa dara. setakat ni keadaan rash tersebut beransur baik tetapi saya masih risau kerana dia masih cirit birit. tambahan lagi dia di jaga oleh babysitter sepanjang saya bekerja. kalau lambat di cuci berak atau pampersnya di biarkan basah, rash tersebut akan bertambah semula. setakat ini, saya cuma bagi dia makan cerelac kerana di nasihatkan oleh Doktor dari sebuah klinik tempatan untuk menghentikan sementara bubur nasi yang di campur dengan sayur.
Mohon nasihat dan pandangan dari Doktor.
Answer: Rawatan yang baik untuk masalah tersebut ialah menggunakan krim zinc oxide your boleh didapati di klinik/hospital atau farmasi.
Namun begitu, yang perlu dipantau ialah keadaan fizikalnya memandangkan dia sedang cirit birit dan berisiko untuk mendapat dehidrasi. Penyakit cirit birit atau lebih dikenali acute gastroenteritis adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia terutama negara membangun seperti Malaysia.
Penyebab utama berlaku cirit birit adalah jangkitan pada salur pemakanan yang disebabkan oleh virus, bakteria ataupun toksin.
Simptom-simptomnya adalah muntah beserta cirit birit ataupun cirit birit sahaja tanpa muntah. Demam juga boleh menjadi symptom utama dan diakibatkan oleh jangkitan ataupun nyahhidratan (dehydration). Simptom yang ada bertujuan untuk menyingkirkan jangkitan jadi rawatan yg diberi kepada anak-anak bertujuan untuk meredakan simptom (supportive).
Dalam banyak keadaan ubat-ubatan tidak diperlukan. Kebiasaannya muntah akan berhenti kurang dari 12 jam selepas tanda-tanda penyakit bermula, sebaik sahaja muntah berhenti cirit birit akan berlaku. Jumlah kehilangan air dan garam-galian dari badan amat penting digantikan dengan kadar seimbang oleh oral rehydration salt atau pun susu jika masih menyusu.
Untuk meredakan simptom cirit hanya Smecta yang mempunyai peranan. Ubat tahan muntah baik oral atau suppository selalunya tiada fungsi sama sekali. Seandainya anak puan tidak aktif , enggan makan dan minum seperti biasa puan hendaklah membawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.