Question: assalammualaikum dan selamat sejahtera,
saya nak tanya beberapa soalan,
1) 2/12/13 anak perempuan saya berumur 1 tahun 1 bulan mula deman (suhu 37.8), saya cuma bagi paracetamol y pernah dibekalkan oleh klinik kerajaan,masuk hari ketiga demam anak saya xkebah juga dan terdapat selsema n batuk sedikit,saya membawa anak saya diklinik swasta pakar kanak-kanak,dan doktor memberi antibiotik dan ubat demam.doktor bagitahu kalo 2 hari (hari kelima) xok,dia suh datang klinik balik sebab takut ada jangkitan paru2.hari ini genap hari ke5,badan anak saya dah xpanas,cuma y merisukan saya,selsema anak saya makin teruk,hingus dia meleleh je,batuk pon same,makin teruk.dan dalam masa 5 hari ni anak saya muntah sebanyak 3x sahaja,pertama masa minum susu,kedua masa makan ubat,dan ke3 masa makan.dia muntah pada hari y berbeza..sepanjang anak saya demam dia aktif seperti biasa cuma dia suka merengek2 selalu,mungkin tidak selesa bila selsema.adakah keadaan ini bahaya?
2)soalan kedua,saya nak tanya mungkin kah anak saya dijangkiti jangkitan paru2….saya sebenarnya sangat risau sebab sekarang banyak sangat penyakit,salah satu jangkitan paru2,baru-baru ni ada artikel disurat khabar menceritakan pasal baby setahun lebih meninggal selepas 8 hari demam biasa,dan diadapati bayi itu meninggal sebab pneumonia,ini menyebabkan saya lagi bimbang.sebab simpton2 penyakit pneumonia hanya bermula dr demam biasa.
saya berharap doktor sekalian boleh jawab dengan segera,
terima kasih.
Answer: Pertamanya, kami tidak menjawab soalan kes ‘emergency’ kerana ini bukanlah online klinik, maka jawapan biasanya tidak diberikan dalam kadar segera . Boleh rujuk ‘disclaimer’. Ini kerana , dalam konteks begini , pemeriksaan fizikal sangat penting untuk menentukan tahap keseriusan sesuatu penyakit .Sekiranya keadaan anak membimbangkan , bawalah dia berjumpa dengan doktor sekiranya tiada perubahan selepas diberikan ubat.
Tanda-tanda jangkitan peparu termasuklah demam, batuk, nafas laju dan sukar bernafas. Pemeriksaan peparu oleh doktor dapat menentukan samada jangkitan peparu berlaku atau tidak. sekiranya keadaan tidak begitu serius, antibiotik diberikan untuk diambil melalui makan. Namun , sekiranya tiada perubahan atau keadaan menjadi lebih teruk, adakalanya antibiotik diberikan melalui salur darah.
Tanda -tanda yang menunjukkan jangkitan yang dialami tidak serius termasuklah demam yang berkurangan , aktif dan makan minum seperti biasa serta tiada masalah pernafasan seperti yg telah saya sebutkan.
Sekali lagi, kunjungi doktor sekiranya puan masih bimbang.