[Q&A] Adakah perlu anak sy menggunakan inhealer?

Question: Hi DR,
1)Sy nak bertanya..anak saya yg pertama menggunakan inhealer pd umur 2 tahun. Tetapi sy hanya memberi inhealer tersebut apabila berlakunya asma dan tidak mengikut arahan DR supaya menggunakan inhealer tersebut dalam 4 ke 5 bulan pemantaun pertama.Adakah ini cara yg salah dan adakah akan menyebabkan kesan sampingan di atas penggunaan yg tidak teratur?
2) Dari apa yang sy perhatikan anak sy akan berlakunya asma apabila menghadapi batuk yang kerap ketika selsema sahaja. Adakah perlu anak sy menggunakan inhealer seperti yg di arahkan DR pakar kanak-kanak?

Answer: Nasihat kami ikut nasihat doktor. Bincang dengan beliau ‘ long term plan’ . Kebiasaannya, kami akan menerangkan plan berdasarkan sejarah pesakit dan kemajuan setelah mengambil ubat. Pemeriksaan fizikal juga memainkan peranan. Dos Ubat akan diturunkan secara berperingkat bergantung kepada keadaan pesakit. Saya sendiri selalu menghadapi ibu bapa yang keberatan untuk meneruskan ubat , namun acapkali penilaian yang dibuat ibu bapa tidak berapa tepat. Ramai yg ‘underestimate ‘ penyakit asthma yang dihadapi anak sedangkan keadaan tak begitu memuaskan . Saya suka mengajak ibu bapa berbincang tentang mengapa mereka merasakan demikian dan selepas penerangan yang detail, semua ibu bapa (setakat ini) bersetuju kerana mereka tahu ubat yang diberikan bukanlah sampai bila bila. Harap Maziah dapat berbincang dengan pakar yg merawat. Harapnya, artikel tersebut boleh memberi idea tentang apa yang hendak dibincangkan ok.


Posted

in

by

Tags: