Question: hye doktor
Anak saya berumur 3 Tahun. Mata putih dia berwarna agak kekuningan. Dia kerap mengosok mata sehingga mata putih nya bengkak dan seolah2 mata hitam nya terkedalam. Saya pernah membawa dia ke dua private hospital, dan berjumpa pakar kanak-kanak. Saya meminta doktor membuat ujian darah. Dokor kata tiada apa yang membimbangkan, hanya alahan.
Anak saya sejak dari kecil mengalami masalah ruam kemerahan pada muka dan leher @ doktor kata eczema.
Selain itu anak saya setiap hari mengalami selsema.
Apakah Faktor utama penyebab alahan? Adakah disebabkan keturunan, persekitaran atau pemakanan
Makanan apakah yg sesuai & yg perlu dielakkan.
Terima kasih
Answer: Simptom gatal mata dan mata kuning dalam konteks ini adalah kemungkinan alahan rhinitis (hidung) dan mata. Ia seperti penyakit alahan yang lain e.g asthma , eczema adalah disebabkan faktor keturunan . Namun simptom dicetuskan oleh pelbagai perkara contohnya habuk , makanan dan persekitaran ,dengan pemerhatian yang teliti , puan akan dapat tentukan apakah perkara yang memberi alahan pada anak anak kerana ia berbeza anatara satu kanak kanak dengan yang lain . namun secara asasnya kebanyakan alah pada habuk, asap , makanan seafood , makan yang mengandungi warna, binatang peliharaan spt bulu kucing.