[Q&A] Masalah selsema

Question: Assalamualaikum/Salam Sejahtera untuk semua doktor-doktor,
My 1 yo 4 mths son (anak ke 4 dari 4 beradik) sedang selsema, keluar lelehan dari telinga dan juga membuang air besar agak kerap dan banyak juga cair sehingga keluar dari pampersnya. Kerap tu – 3 kali siang dan 3 kali mlm…saya kira tidaklah sampai tahap cirit-birit sbb tidaklah sekejap2 cirit (seperti yg pernah dialami oleh semua anak2 saya).
Soalan saya ialah adakah saya perlu risau?
DIa aktif seperti biasa…yg saya perhatikan dia akan menangis/meragam sungguh2 dlm masa hampir sejam (cuba pujuk mcm2 cara pun x jd) dan selepas itu keluarlah lelehan di telinganya tu…
Saya beri actifed 2.5ml 3 kali sehari (berat dia 10kg). Dia kurang makan dan hanya banyak minum susu formula.
Tiada demam.
Saya telah berjumpa doktor di klinik panel pada minggu lepas (Ahad 20/10/2013) dan dia menyatakan tak perlu risau selagi dia tak demam.

Answer: Saya tidak selesa untuk mengatakan tiada yang merisaukan memandangkan puan melaporkan anak menangis dan meragam. Apatah lagi dia mempunyai tanda tanda jangkitan pada telinga. ada kemungkinan dia menangis kerana sakit akibat jangkitan telinga. Tidak mungkin saya dapat membantu puan sekiranya tidak dapat memeriksa sendiri keadaan dalam telinga anak, saya harap doktor telah pun memeriksa dengan menggunakan alat otoscope.Kami boleh memberi pandangan tapi blog ini bukan klinik online kerana ada banyak limitasi dalam memberi diagnosa yang tepat untuk pesakit. Untuk cirit birit , ada artikel yang ditulis oleh DR Zagrul sebelum ini. Ambil ORS.


Posted

in

by

Tags: