Question: Assalam doc,
Anak lelaki saya berumur 9 tahun dan sekarang ini dia telah menghadapi masalah bau badan. Bau ini sangat ketara apabila dia pulang dari sekolah setiap hari, sampaikan saya pun naik pening dengan bau ini… soalan saya bolehkah anak seawal usia ini menggunakan roll-on deodorant? Ataupun doktor boleh beri cadangan lain untuk atasi masalah ini?
Answer: Kanak kanak boleh ada bau badan terutama selepas aktiviti sukan. Kebiasaannya bau peluh boleh hilang selepas mandi. Sekiranya ini berterusan walaupun bukan selepas aktiviti, deodorant boleh digunakan. Namun begitu ada juga kanak kanak yg mengalami bau badan kerana akil baligh terlalu awal dan memerlukan pemeriksaan doktor. Masalah ini juga menyebabkan kanak2 mengalami pertumbuhan bulu ketiak dan ari-ari, suara berubah dan perubahan saiz pada alat sulit. Jika ini berlaku, dapatkan surat rujukan. Jika tidak, dan hanya bau badan masalahnya, tidak perlu dikhuatiri kerana ia boleh ditangani.