Question: Hi Doktor. Anak saya berumur 5 bulan dan sejak dari umur 4 bulan lagi saya dapati ada merah2 pink di kawasan-kawasan pelepat dia di kaki, leher dan juga tangan. Walaupun saya sudah menyapu lotion, krim dan juga bedak di kawasan kemerahan itu tapi masih lagi tidak hilang. Boleh saya tahu punca-punca ini boleh berlaku dan juga boleh Doktor suggest produk yang sesuai untuk masalah kulit anak saya ni atau pun saya harus membawanya berjumpa dengan doktor pakar?
Answer: Apa yang penting , sabun dan krim tidak mengandungi alkohol, pewangi dan pewarna yang boleh memberi iritasi pada kulit bayi. Boleh cuba produk Ezerra di farmasi dan menggunakan aqueous krim sebagai pelembap.
Comments
2 responses to “[Q&A] Anak saya dari umur 4 bulan lagi saya dapati ada merah2 pink di kawasan-kawasan pelepat dia di kaki, leher dan juga tangan.”
Anak saya sejak lahir,kulit dia merah satu badan,mengelupas,kering. Bila sapu minyak yuyi dia melalak sebab pedih agaknya. Sampai lah dia da 4 bulan tak hilang2. Bila sapu krim doktor bagi hilang,pastu datang balik.
Ada kemungkinan anak mengalami eczema. Berjumpa doktor untuk memastikan diagnosis, jangan mandikan dengan sabun atau letak lotion yang tidak dikahskan kerana ia boleh menerukkan kulit.