Question: Hi doctor.recently anak saya berusia 4bulan ++ terjatuh dari katil. Selepas terjatuh dan terlentang, die menangis dengan kuat. Setelah dipujuk, die kembali kepada activity normal die (meniarap dan memggerakkan badannye). Kepalanya tidak bengkak dan benjol. Dia juga tidak menunjukkan any unusual symptoms seperti muntah atau lemah tetapi saya ingin tahu sama ada keadaan ini bahaya atau tidak untuk bayi saya.patutkah saya bawa jumpe pakar kanak2 dan buat imbasan ct? Terima kasih..
Answer: Diharapkan kejadian seperti ini tidak berulang ya kerana ia boleh memberi mudarat seperti pendarahan dalam kepala. Pastikan langkah-langkah diambil untuk memastikan bayi dalam keadaan selamat seperti diletakkan dalam crib dan tidak dibiarkan di atas katil tanpa pengawasan sepanjang masa.
Ia bergantung kepada ketinggian katil, samada baby terhentak kepala atas lantai atau tilam/carpet. Kebiasaannya dalam perkara begini, saya tidak dapat mengatakan dia okay tanpa pemeriksaan namun tanda tanda bahaya seperti muntah, sawan , juling secara tiba tiba, ubun ubun bengkak dan menangis yang sukar dipujuk saya kira tidak dialami. Keputusan tentang imbasan CT otak hanya dibuat selepas pemeriksaan kerana adakala ia tidak perlu sekiranya pakar mendapati baby okay.