[Q&A] Anak saya demam dengan bintik-bintik merah

Question: Assalamualaikum / Salam sejahtera..
Dr, saya ada sedikit pertanyaan..anak sy berumur 10 bulan..baru ni2 dia mendpt jangkitan kulit..bintik tu, mula2 sy perasan ptg sy ambil anak di nursery & mlm tu, dia demam, agak panas & sy beri PCM tp sy xpasti berapa suhu bdnnya..keesokkanya bintik2 tu penuh dkat bhgn kaki & sedikit dibahagian siku..tp sy perhatikan anak sy tidak menggaru bintik tersebut..ptg bru bw jumpe dr disbbkan perlu bt appointment..dia mmg tidak demam dh slps sy bg PCM dlm pukul 4 pagi..
Dr yg pertama kata, kene scabies..tp sy tidak puas hati dgn jwpn yg di beri, so sy rujuk ke dr lain..sy mklmkn yg sy risau anak sy dijangkiti HMFD..dr tu kata ada sedikit simptom2 mcm tu tp perlu bt pengesahan dgn klinik/hosp kerajaan..so sy bw anak sy ke hosp utk pengesahan..dr ke 3 ckp..jangkitan viral & bg ubat sapu (fusidic acid) & alhamdullilah mmg makin elok & bintik2 tu kering..dr ke 3 telah refer ke dr, pakar..jwpnnya lebih memuaskan hati sy..
* Pemerhatian sy di nursery, lapik bouncer anak sy, kdg2 anak org lain pun ada diletakkan di situ, menyebabkan sy mengesyaki, mgkn dpt jangkitan dr keadaan mcm tu. Keadaan nursery mmg bersih.
Sy nk minta pendapat dr mengenai keadaan anak sy ni & apa langkah pencegahan yg boleh di buat..TQ

Answer: dalam situasi begini kami tidak dapat membantu kerana kami tidak melihat sendiri bintik tersebut . Banyak jangkitan viral di kalangan kanak kanak datang dengan bintik2 merah dan mungkin juga disebabkan jankitan lain seperti bakteria dan kulat . Jadi tidak mungkin kami dapat memberi diagnosis hanya berdasarkan informasi terhad.


Posted

in

by

Tags: