[Q&A] Masalah tentang low HB count di kalangan bayi.

Question: salam doci
saya mohon maaf kerana perlu bangkit kan semula persoalan ini. saya ingin mengungkai sedikit permasalahan berkaitan low HB count di kalangan bayi. Sebelum ini saya kurang mengambil berat berkaitan perkara ini sehinggalah anak saya didapati mengalami masalah low Hb count baru-baru ini. Untuk makluman doktor, di dalam keluarga saya tiada sejarah thalasemia dan HB count anak saya ialah dalam lingkungan 9 – 9.2
Soalan saya:
1. Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?
2. Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang diberi oleh doktor?
3. Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?
4. Adakah kekurang HB boleh menyebabkan penyakit lain?
terima kasih doktor

Answer: Saya akan memberi jawapan ringkas kerana soalan puan akan dijadikan post dalam blog kami.9g/dl dalam umur setahun adalah rendah memandangkan Hb biasanya dalam lingkungan 11-13. Ada pelbagai punca anaemia dan ini boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan dan juga ujian darah. Antara punca tersebut adalah kekurang zat nutrisi, pendarahan dan penyakit darah keturunan e.g thalassaemia. Saya mengagak ubat yang diberikan oleh doktor adalah vitamin asid folik atau vitamin zat besi. Cara rawatan bergantung kepada punca anaemia. Memperbaiki pemakanan dapat membantu menaikkan tahap hb sekiranya punca anaemia tersebut adalah kurang nutrisi namun ini bergantung kepada penyakit yang menyebabkan masalah anaemia tersebut.


Posted

in

by

Tags: