Question: Doktor, saya ingin bertanya. Anak rakan saya berusia 11 tahun. Dia baru pulang dari kelas tuisyen dan terus membuat kerja sekolah. (mungkin dalam kepenatan). Selepas tu, ibunya merotan kaki (pukulan sederhana,tidak terlalu kuat) sebagai denda sebab banyak kesalahan dalam kerja sekolah dan ada kerja sekolah yang tak buat. Tiba2 budak ni jatuh dari duduk, means dari duduk terus terbaring dan mengalami sawan tarik. Ini kali pertama jadi begini. Dan dia tidak demam, suhu badan normal ketika kejadian. Keadaan ni berlaku lebih kurang 2 minit. Soalan saya ialah :
1) Apakah punca jadi begini sedangkan dia tidak pernah mengalaminya?
2) Apa yang perlu dilakukan jika kejadian berulang?
3) Adakah keadaan ni merbahaya dan simptom kepada penyakit yg lebih serius?
4) Bagaimana untuk mengelakkan benda ni dari berlaku lagi?
Answer: budak tidak akan sawan sekiranya dipukul melainkan berlaku kecederaan di otak ataupun dia sememangnya ada Epilepsy, Sawan berulang yang tidak dikenalpasti). Ada pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan sawan contohnya masalah otak yang lain , masalah garam galian dalam darah dan sebagainya. Saya merasakan kemungkinan besar sawan tersebut mungkin akan terjadi walaupun tidak dipukul dan ia satu kebetulan. Sawan dalam kanak kanak terutamanya tidak boleh dianggap ringan . Anak perlu dibawa ke hospital untuk diperiksa dan perlu dirujuk kepada pakar secepat mungkin .